BILA MOOD RAYA MEMUNCAK....

Waaa... tak sabaq gila nak balik...
Walaupun tahun ni jadi anak tunggal,
jadi tersangatlah adorable-nya pada hari raya pertama...

Dan soalan-soalan yang akan disoal pada raya pertama...
Tau dah...
Tak teka...
Tapi, sangat confident bahawa soalan2 ni yang akan keluar dari semua tetamu...
Tetamu means... kawan mak, kawan bapak... dan semua adik-beradik je yer... kawan2 orang lain, insya-ALLAH, tak tanya, sebab depa dah cerita panjang berjela...

Ala-ala pesalah pulak aku nak menjawab soalan...
Yalah...
Mestilah tanya soalan2 common...
"Buat apa la ni?"
"Belajaq kat mana la ni?"

"Kat mana KDU tu?"
"Buat kos apa?"
"SPM mesti cemerlang, kan?"
Yang warna merah tu, killer question....
Yala, sampai hari ni, aku still tak percaya...
Yang aku tengah buat A-Level...
Tengah buat prep untuk fly pergi UK...
Siap aku jadi orang kedua yang nak pi UK pulak tuh... (dari IKUPS)
Dahlah, keputusan aku bukan straight A pun...
B sampai tiga...
Kawan2 kat sini...
Yang dapat straight A+ pun ada...
Aku dah rasa down sangat2...
Macam mana nak buat nih...
Term exam pulak lepas raya...
Dahla A-LEVEL susah...
Law yang aku nak kena baca tu pulak...
Econs lagi...
Accounting yang aku tak paham tuh...
Dan maths yang aku selalu buat careless mistake...
Macam mana aku nak survive?
Seriously, aku sangat2 bersyukur sebenaqnya...
Sebab waktu SPM dulu, aku sebenaqnya...
Seorang yang sangat malas study...
Tyme buat homework yang nak kena hantaq ja aku rajin sikit...
TYme lain tu, aku lebih suka sembang ka, berangan ka...
Apa-apa yang patutlah...
Lagi banyak gelak...
Aku rasa kesian sangat kat kawan2 aku yang selalu satay up sampai 2 3 pagi...
Lepas tu end up menangis tyme dapat keputusan...
Serious aku cakap...
Aku tak pernah stay-up sampai 2, 3 pagi ka apa...untuk study...
Aku lagi suka tiduq awai dan bangun paling lambat...
Lagi suka tengok tv...
Berangan...
Buat benda lain dari study....
Waktu UPSR dulu, yes, aku memang study hard...
Lepas tu, aku dah macam malas...
Tambah-tambah lagi bila tak dak sapa nak kesah aku study ka dak...
Tapi, still, aku dapat straight A tyme PMR...
Dan walaupun just dapat 9A tyme SPM, aku still dapat scholarship untuk buat A-LEVEL dan jadi UK-bounding student...
AKu macam tak percaya ja...
Seriously, aku tak berusaha pun ke arah itu. aku lebih banyak berangan-angan untuk pi oversea...
Tak pernah ada usaha yang gigih untuk pastikan ianya berlaku...
Nampaknya, sampai sekarang... aku still dapat banyak benda yang orang lain lagi patut dapat...
Tapi, depa tak dapat...
Aku ada lagi ramai kawan yang dapat keputusan yang hebat2...
Tapi, depa tak dapat pergi oversea pun...
Mungkin bukan rezeki depa...
Tapi, rezeki aku...
Tapi, kenapa ya...
Kita kena ber'akademik' secara 24 hours...
Mungkin sebab aku bukan manusia yang macam tu...
Aku manusia yang biasa2 ja...
AKu tak fokus sangat untuk study...
Cita2 aku bukan untuk jadi manusia terhebat yang pecah rekod ka apa...
Cita2 aku adalah belajar dan jadikannya sebagai satu ibadah...
Apa pun yang terjadi, i learn coz I want the knowledge, not because I want to pass my exam...
Walaupun aku dah banyak lupa benda yang aku belajaq...
But I told ya, aku hanya lupa benda2 yang memang aku study untuk exam...
Dan mereka2 yang tak bernasib baik itu adalah
Sejarah ; walaupun aku score A+ untuk Sejarah...still aku tak suka... sebab aku tak suka benda2 fakta yang aku perlu menghafal sebab aku rasa macam sebu otak... Dia tak boleh guna macam ayat AL-Quran di mana ayat AL-Quran yang dihafal boleh digunakan sewaktu kita dalam bahaya.
Biologi ; ADa benda2 penting gakla yang aku ingat, tu pun sikit2 ja... Aku ingat aku nak dapat C ja untuk Bio... Sebab aku masuk exam dengan otak yang sangat blur... AKu tulis pun macam ntah hapa-hapa ntah yang aku tulis... Alhamdulillah, Aku dapat B+
Fizik ; Satu2 konsep yang aku akan ingat sampai bila2 cumalah inertia. Yang lain tu, saya mintak maaf, Cikgu Hafidz... Saya memang bukan orang sains saya rasa....

Bahasa Arab Tinggi ; Yang ni memang aku harap aku akan score... sebab dulu aku memang suka subjek BAT nih... Sejak masuk Form 5, aku macam tak betul sikit dengan subjek nih.... Alhamdulillah, aku dapat juga A-, walaupun aku rasa, kalau tanpa ada satu sebab yang terpaksa dirahsiakan, aku dah dapat A+...
EST ; Hahahahaha, yang ni aku tau sebab apa aku dapat B+... Sebab soalan essay tuh dia mintak Friction fizik... aku kan memang hancus bab2 fizik nih....
Subjek2 lain...
Bahasa Melayu ; Disebabkan aku memang bercita-cita untuk menjadi seorang penulis, maka aku berusaha dengan keras untuk dapatkan A+, walaupun memang sakitlah jugak. Takpalah, cikgu... Terima kasih, sebab cikgu tolong target tinggi2 kat saya, akhirnya saya dapat A+... Cikgu tembak saya A+, takkan saya nak bagi B pulak kot, kan...
English ; Sorry to say, walaupun aku bab2 speaking nih jadi Manglish, oleh sebab aku sangat suka menulis, makanya aku telah berusaha untuk mendapatkan markah tertinggi untuk BI gaklah... Sebab, dalam BM dah tak leh perah otak aku ngan idea2 kreatif aku kan... sebab semua karangan fakta ja... maka, aku tunjukkanlah kekreatifanku dalam BI... Nampaknya aku berbakatlah, kan? Sebab aku dapat A+, siap dapat A1 lagi untuk General Cambridge untuk essay tuh... Okay, ada riak poyo di situ. Ignore it.
Maths & Add Maths ; Bukan aku nak banggalah, kan... Tapi, aku memang suka maths... Sebab aku kan memang tak suka baca buku, so, Maths, aku kenalah pegang... Add Maths pulak, kalau aku tak buat latihan banyak2... memang takkan score... Maka aku memang nak Add Maths aku A+... dan Alhamdulillah, akhirnya, aku dapat...
PQS dan PSI ; Aku memang nak subjek ni dapat A+, tapi sebab PSI tu macam ada masalah sikit... so, aku score A- ja... Tapi, insya-ALLAH, aku akan pegang dua subjek ni, sampai mati... sebab nilah subjek yang akan bawak aku menjalani kehidupan yang sebenarnya sebagai seorang Muslimah yang sebenarnya...
Chemistry ; Dulu, aku tak suka... Tapi, sebab nilah satu2nya subjek sains yang aku minat pun, maka aku berusaha... dan Cikgu Nurul dan Cikgu Dalina telah membantu aku meminati subjek ini sampai aku akhirnya berjaya dapatkan A- untuk Kimia.... Jadi, terima kasih, cikgu!!


So, aku akhirnya end-up dengan menjejakkan kaki ke KDU nih, buat A-Level untuk ke UK...
Aku still tak percaya, tapi, inilah hakikat yang aku perlu terima...
So, kepada mereka yang sedang membaca post ini, doakanlah diriku ini...
Semoga aku berjaya menjejakkan kaki ke UK sepertimana yang dikehendaki dan aku akan kembali ke Malaysia dengan prinsip2 yang aku sentiasa pegang kukuh dalam dada...
Aku tak peduli apa orang nak kata aku...
Aku bersyukur kerana aku lahir menjadi mawar berduri di sini...
Biaqlah orang nak kata aku hipokrit ka apa...
Biaqlah...
Aku dah janji dengan diri aku sendiri, yang aku takkan langkah walau selangkah pun untuk keluar dariu landasan yang aku dah pilih ni..
Aku akan tetap berusaha meneruskan apa yang aku dah mulakan ni...
Aku still akan memuat penambahbaikan terhadap diri sendiri...
Biaqlah orang nak nampak aku kecil ja... bukan pesaing...
Memang aku suka...
Memang aku suka kalau semua orang tak percaya aku boleh buat sesuatu yang orang rasa aku tak boleh buat...
Aku dah mulakan langkah pertama...
Jadi... langkah seterusnya perlu diusahakan...

Aku bukanlah pesaing...
So, dun worry...
Aku cuma mendapatkan apa yang menjadi cita2 ku yang terbentuk atas harapan semua orang...
Aku tak pernah follow kata-kata ni - BE THE BEST AMONG THE BEST....
Sebab aku lebih suka kata-kata ni - NO ONE KNOW WHAT THEY CAN DO UNTIL THEY TRY
So... DO YOUR BEST AND ALLAH WILL DO THE REST...
Maka aku telah meletakkan keseluruhan diri aku pada sebuah landasan yang bernama REDHA di mana aku akan berusaha DO MY BEST... dan aku REDHA... sebab aku yakin... aku sangat yakin yang ALLAH WILL DO THE REST....
Yes, and for your information... itulah satu-satunya kunci kejayaan aku...
Aku sangat yakin yang
ALLAH TUHANKU, ALLAH BERSAMAKU dan aku sangat yakin yang ALLAH MELINDUNGIKU...
Jadi, keyakinanku tak akan pernah padam kerana aku sangat yakin yang ALLAH tak akan lupa Hamba-NYA yang tek pernah lupa pada-NYA...
So, letakkanlah seluruh keyakinanmu atas agamamu dan insya-ALLAH, segala kejadian kau akan lihat ada hikmah yang ALLAH dah tetapkan...
So, yakinlah yang ALLAH telah menetapkan yang terbaik buatmu...
ALLAH sentiasa ada walau apa pun yang terjadi...

Hah, dah panjang berjela pulak...
Sebenaqnya nak cerita fasal lain...
Tak palah...
Aku tak dak mood nak buat homework sebenaqnya sebab tak tau nak buat macam mana...dan jugak dah dalam mood nak raya...
So, aku bermalasan sekejap sebelum memfokuskan diri sepenuhnya buat homework akaun tu satgi....

Hehehehhee....
So, doakan aku buat yang terbaik untuk term exam aku lepas raya ni...
Semoga keputusan aku memberansangkan aku untuk terus berusaha...
AMEEN....
SO, THAT'S ALL FROM AMIMAH HASNIYAH MD. YUSOF...
See ya!!

Wassalam....
Comments
no comment...
btw, proud of u, sorang ja skewl kita dpt kos tue ntuk overcea ngeh3 ~ ♪♫
hang aku tak kira sebab hang tak bound ke uk macam aku... hang kena tengok dapat ireland or Uk dulu...
sastera ikhtisas tu eh? xpalah... aku buat maths and finance ja kat sana... aim for manchester!! yeah!!
takpa2 jnji g uk haha~
aku? terserah kpd Allah swt... local pown ok, overc pown not bad
eh hg tuka kos ker???