Day 15 - memory lane

Assalamualaikum warahmatullah.
Tajuk yang sangatlah panjang untuk dihurai.
Hehe...
So, mari kita masuk ke dalam memory lane sekarang.
Hehehe...

Hari ni, nak cerita fasal aktiviti hujung minggu aku kat asrama dulu-dulu.
Kalau kat rumah, weekends ka, weekdays ka.
Sama ja.
Siaran TV ja tak sama.
Kalau kat kolej pulak, tak ada yang best pun...
Online, makan dan tidur ja.
Kalau ada yang best pun, keluar shopping.
Tu pun, keluar dah dekat pukul 12, sebelum pukul 7, dah sampai rumah balik.
Sama ja macam keluar dengan kawan2 kalau duduk kat rumah.
Tak ada yang best sangat pun.
Kat asrama, interesting sikit.
Hehehehe.
Sebab kat asrama, kena pandai.
Nak buat apa-apa, kena plan betul2.
Agar, tak kantoi dan kena tangkap kalau buat salah.
Hehehe.
Jahat kan aku?
Biasalah, kat sekolah, pengawas ja yang skema.
Okay, aku tipu.
Bestfriend aku ada sorang skema walaupun dia bukan pengawas.
Bukan skema lurus macam pembaris tu.
Skema sikitlah pada kami yang sangat nakal nih.
Tak adalah skema gila.
Hehe...
Kecuali waktu SPM...
Time tu dah tak ada dah title pengawas ka pengganas.
Hehehe, sama ja semua.

Okay, apa aku buat time weekends kat asrama dulu?
Sebelum tu, mari kita tengok jadual time weekends dulu.
Khamis malam :
Solat Jemaah, Maghrib dan Isyak
Then, Supper, dan boleh buat apa2 ja.
Then Light Off.
Selalunya, supper ni tak ramai orang pi.
Orang tengok TV.

Jumaat :
Solat Subuh
Riadah Pagi
Sarapan
Free
12.00 - makan tengah hari
Solat Zohor
Free.
Sembahyang Asar
Minum Petang
Riadah
Makan Malam
Solat Maghrib
Usrah
Solat Isyak
Supper
Free
Light Off

Sabtu :
Solat Subuh
Sarapan
Insection Locker
Free
Makan Tengahari
Solat Zohor
Free
Solat Asar
Minum Petang
Riadah
Makan Malam
Solat MAghrib
Prep
Solat Isyak
Supper
Light Off

Waktu form One, masih baik kot.
Sampai surau awal, semua benda awal ja.
Skematik letronik.
Biasalah, form one, kot!

Time form two, jahat sikit ah.
Dah berani menyorok dalam locker.
Tapi, bukan sorang-soranglah.
Mestilah berjemaah.
Kat asrama tak boleh buat berani nak buat solo.
Kena buat secara berjemaah.
Baru datang rasa berani dan seronok tu.
Tapi, pernahlah kantoi sekali dengan pengawas.
Tak serik pun.
Hehehe.
Yalah, kami tak turun riadah time weekends.
Time ni, riadah diwajibkan lagi walaupun weekends.
Tak ada sesiapapun boleh duduk dalam asrama.
Tapi, selalunya orang pakai ja baju kurung ka apa.
Kalau kena tahan, jawapan dia, tak susah pun...
"Parents datang melawat tadi."
Pengawas pun selalunya terima ja jawapan tu.
Takkan dia rajin sangat kot nak pi check satu2.

Time form three.
Hah, time ni, riadah weekends dah dimansuhkan.
Hehe...
Maka melepaklah kami dalam dorm.
Ataupun menyibuk dekat kantin.
Untung2 dapat makanan free.
Haha.
Tapi, memang selalu ja dapat makanan free.
Time ni, aku dah ubah time basuh baju.
Sebelum ni, aku basuh baju Khamis malam atau Jumaat pagi.
Tapi, sebab seterika dah semkin kurang.
Dan nak tunggu seterika tu terpaksa bangun pukul 2 atau 3 pagi.
So, aku seterika baju siap2 pagi Khamis atau Jumaat pagi tu.
Tengah hari, lepas balik sembahyang Zohor barulah aku basuh baju.

Form four :
Time ni riadah pagi dah dimansuhkan.
Aku pulak dah jadi AJK Koperasi.
Kena bertugas Khamis malam dan Jumaat petang.
Waktu lain, tidur.
Penat tau dah masuk form four ni.
Kerja sekolah bertimbun.
Yalah, subjek ada 15 tau.
Campur PJK, Sivik dengan Bahasa Jepun.
Ambil pulak 12 subjek.
Memang tak menang tangan sungguh.

Form five :
Kenapa aku macam tak ada memeori waktu weekends time form five hah?
Padahal yang paling baru?
Entah...
Macam biasa ja kot.
Hehehe...

Okay, so, jadual aku?
Khamis malam,
Aku akan sibuk iron baju.
Siap iron baju, pergi supper.
Then, balik.
Menyembang n tidur.
Dah light off pun macam2 cerita ja nak cakap
Time kerja kat Ko-op (Koperasi).
Lepas sembahyang, pergi koperasi terus.
Then, sampai asrama, orang dah light off.
Tukar baju n terus tidur.

Jumaat pagi.
Sembahyang Subuh.
Haha, lepas tu, kalau ada riadah pagi, pergilah riadah pagi tu.
Sementara tunggu tu, landing atas tar, menyembang.
Best gila tau.
Hahaha...
Lepas tak ada riadah, duduk menyembang dekat surau.
Tak pun, buatlah amal kebajikan, baca Quran, tadarus atau masuk usrah dengar tazkirah pun best gak.
Tak pun tidur jap.
Hahahahahha.
Lepas tu, dalam pukul 7.00, pergilah makan.
Sellaunya makan roti canai, kuetiau goreng atau nasi impit dengan kuah kacang.
Then terus balik asrama.
Sambung tidur.
Hehehe.
Time form five, aku kerja jual nasi lemak.
Hahaha, walaupun hanya 30 minit bekerja.
Tapi memang best.
Ambik nasik lemak dekat rumah cikgu.
Masuk dalam asrama, jual.
Habis ja, kira duit.
Hmmmm...
Boleh kaya tau kalau jual kat asrama.
Hahahahaha.
Yalah, sarapan pukul .
Lunch pukul 12.
Confirmlah lapaq kan dalam pukul 10 tu.
Maka, makanan sangatlah laku.
Time form four kan aku kerja kat koop.
So, balik ja asrama, tukaq baju and bukak bilik dobi.
Ramailah orang akan beratur nak hantar baju ke dobi. 1 kilo, 1.50.
Lepas balik dari jaga bilik dobi, aku iron baju.
Kalau sempat, basuh baju sekali.
Selalunya tak sempat pun.
Nanti time riadah baru aku basuh baju.
Sebab lepas makan tengah hari, n solat Zohor kena bukak koop sampai pukul 4.
Pukul 4, balik, rehat sat.
Pastu, pi sembahyang Asar n minum petang.
Balik tu baru sibuk nak basuh baju.
Tapi, senang,
Tak payah berebut kat bilik basuh tu.
Orang tak ada sangat.
Lepas tu, mandi, n siap untuk makan malam.
Lepas tu, pi surau.
Dan selalunya, aku akan menyibuk dekat koop lepas balik dari surau.
Tak pun, aku lepak ja kat koop tu.
Hehehe.
Bila tak kerja kat koop, aku melepak kat bilik TV.
Kalau ada tayangan, aku pi tengok tayangan.
Tapi, kalau cerita tak best, aku balik, buat homework kat dorm.

Sabtu :
Sembahyang Subuh,
Lepas tu, terus balik dorm.
Uruskan benda2 yang patut sebelum sarapan.
Lepas tu, balik terus bekerja keras.
Kemas locker, kemas dorm.
kemas bilik2 khas.
Kunci pintu bilik dobi.
Hehehhe...
Lepas tu, sabtu pagi, selalunya lepas inspection tu, mulalah kami berjalan merata.
Menghabiskan masa.
Selalnya, lepas tulah orang semua sibuk memenuhi bilik iron.
Siapa habis inspection dulu memang untung sebab dapat guna iron dulu.
Dan iron tu akan penuh sampai pagi Ahad.
Light off sampai pukul 1 pagi, tak ada orang.
Then dalam pukul 1 tu penuh balik.
Sebab aku pernah tunggu pukul 3 sampai pukul 5 kat bilik iron tu.
Lepas tu, aku memang buat persediaan awal.
Tak sanggup!
Then, lepas sembahyang Zohor, aku menyibuk lagi dekat Koop.
Hahahaha.
Time tak jadi AJK Koop ataupun tak outing.
Selalunya, aku akan meyibuk kat dorm kawan2 aku atau kat manalah port yang best untuk melepak.
Lepas Asar, mulalah simpan semua barang and bawak ke kelas.
Sebab malam nanti prep.
Selalunya, malam Ahad adalah prep yang paling sunyi.
Semua orang sibuk siapkan homework.
Bila dah masuk form 4, aku dah tak selalu kat kelas.
Aku selalu dekat koop.
Time form five lagilah.
Tak pernah lekat kat kelas.
Sama ada kat library, kat mana-mana wakaf, kat mana-mana port yang ada lampu.
Kat bilik kuliah dekat surau, ataupun kat bilik sakit.
Alasan : Teman kawan sakit.
Padahal, sorang sakit, 2 orag teman.
Boring okay teman sorang2.
Cuba bayangkan.
Orang sakit, mestilah tidur ja.
Yang teman tu?
Boring, takut, sunyi.
Semua ada.
So, dua oranglah teman.
Boleh sembang ka,
buat homework sekali.
Baru best.

So... itulah kerja aku time weekends di asrama dulu.
Memang best bila ingat balik sekarang.
Asramalah tempat aku belajar fasal semua.
Belajar, experience, kawan.
Kat kolej, dah besar.
And tak ada yang best sangat.
Sebab macam rumah.
Tak ada peraturan.
So, boleh buat ikut suka.
Tak adventure sangat.
Yang adventure pun, belajar macam mana nak pergi mana-mana melalui kenderaan awam.
That's all.
Tak sampai 6 bulan, aku dah hafal semua cara nak sampai ke mana2 yang aku teringin nak pi.
Just name it.
Tapi, aku reti pi naik kenderaan awam ja.
Kalau ikut jalan raya, fail.
Jalan raya, aku tau macam mana nak pi kolej and nak pi Giant atau nak pi stesen LRT ja.
Yang lain aku tak tau.
Aku drive kat SP pun sesat.
Hahaha...
Okaylah.
Time to go. See ya again.
Bye.
Wassallam.

Comments

Mufidah said…
enrt yg tersgt-sgtlah pnjg berjela-jela smpai nek lengoh tgn aku scroll mouse..mamang gaya novelis sungguh!!
haha, tak cukup panjang lagi tuh... aku dah pendekkan dah. :p

Popular posts from this blog

Mature?

BILA MOOD RAYA MEMUNCAK....

MULTIPLE PERSONALITY DISORDER.