COSMOPOINT?!

Assalamualaikum...
Hah... Ada cerita lagi hari ni...
Pada pagi ini, aku perlu mendaftarkan diri di cosmopoint...
Dan untuk mengelakkan kejadian semalam, aku kuncilah jam pukul 6.30 pagi...
Aku dok jaga awai pulak... Pukui 4 sampai tiga kali...
Lepas tu, bangkit, tengok jam pukui 6.00...
Aku pun pi ambik towel...
Ceewah... nak mandilah kononnya...
Tengok-tengok, Subuh masuk pukul 6.17..
Hahha...akupilah tidoq balik... dan bangkit balik pukui 6.30...
Lepas mandi n semayang...
Aku tolong mak aku goreng cucoq dengan bakaq roti canai...
Lepas mengahabiskan sebiji roti canai yang dicicah dengan susu sejat Econsave, aku pun terus bersiap... Yalah, nak pi naik bas la katakan...
Lepas tu, aku pun dipandu oleh bapak aku... ceewah... ke stesen bas di kuala ketil...
Pukul 8.05 pagi, aku naik bas Sik-SP ke SP dan tiba 1/2 jam selepas itu...
Pastu, tunggu Farah kat tepi jalan,
Ayah dia mai dan hantaq kami ke cosmopoint..
Bila dah sampai kat situ, kami pun masuklah...
Tunggu punya tunggu, tiba-tiba aku nampak KT 5 Ikhlas SBPIKP 2009 kat situ...
Hahahha... Apa plak dia buat kat sini!!
Lepas tu, org yang in-charge bahagian tu maila jumpak kami dan habaq sapa ayang amek package B iaitu IT Discovery kena pilih Multimedia Discovery (Package A) (Package yang aku ngan Farah amek tu) atau Graphic Discovery (Package C) memandangkan Package D - bussiness dah penuh...
Lepas tu, tiba-tiba aku nampak ada lagi seorang mamat yang aku kenali masuk...
Tambah lagi satu!!
Lepas tu, kami diasingkan ikut course yang kami amek...
Tak sangka pulak yang si KT 5 Ikhlas SBPIKP 2009 dengan si Duda Baik konon tu (Kalau nak tau sapa dia ni, try search dalam facebook... tapi, tak yah cari dalam friends lists aku, tak tersenarai pun, tau!!) satu course dengan kami!!
Ish...memang tempah bala betul...
Dahlah 2 tahun mengadap muka depa.... kena mengadap lagi... 5 minggu pulak tu!! hmmm...
Lepas tu, kami pi tour dan balik..
Sampai kat stesen bas, aku dok perati sebijik bas yang aku yakini bas SP-Jeniang...
Bila driver dia naik, aku pun pilah menyibuk nak naik jugak...
Bila sua duit merah, cakap nak pi, Bukit Selambau, pak cik drebar tu dua-dua muka pelik...
"Adik, bas ni tak pi bukit selambau...adik cari bas nombor 7... ni bas nombor 19..."
Adus!! Malunya aku!!
Tapi disebabkan ketembokan atau ketaktahu maluan aku, aku pun turun dan pi duduk balik kat kerusi menunggu tu...
Bila aku perati-perati balik, baru aku sedaq rupa-rupanya Bas SP-Jeniang tu, sebelah bas tu!! Huish!! Memang unlucky day betul...
Tapi takpalah... ingat ya kawan-kawan...
Sebelum nek bas tengok dulu label dia nak pi mana...
Jangan dok bantai naik ja!! Haha...
Tapi padan muka aku...
Nasib baik aku tak tau malu.... hahaha....
So, inilah pengajaran yang paling berguna untuk aku pada masa hadapan...

Comments

Popular posts from this blog

The Holiday Trip to Spain - The Last Two Days in Madrid

The experience of the first snow in Coventry!!

BILA MOOD RAYA MEMUNCAK....