Keputusan Ujian Personaliti
K S I
Personaliti K
Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini menghadapi persekitarannya dengan memilih matlamat dan kegiatan yang direstui masyarakat. Pendekatannya terhadap masalah-masalah adalah streotaip dan tidak asli. Keutamaannya lebih kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan pemanipulasian data-data secara eksplisit dan sistematik seperti menyimpan rekod, mengisi butir-butir ke dalam fail, menghasilkan semula material, mengorganisasikan bahan-bahan tulisan dan lain-lain untuk mencapai matlamat syarikat atau organisasi. Oleh yang demikian, maka ia digambarkan sebagai seorang yang mempunyai sifat-sifat akur, cermat, tekun, bersikap kawal-kendiri dan bela diri, teratur, tidak imaginatif, cekap, tidak fleksibel dan tidak praktikal. Kegemarannya lebih kepada pekerjaan yang bercorak pekeranian dan perkiraan dan selalunya yang berkaitan dengan perniagaan. Ia memberi nilai yang tinggi kepada perkara-perkara yang bersangkutan dengan ekonomi dan mempunyai bakat yang lebih dalam matematik berbanding dengan bidang bahasa (Holland, 1985a )
Persekitaran K
Memupuk kecekapan pengusaha dan perkeranian, pemanipulasian secara eksplisit ke atas data-data, rekod, atau bahan-bahan bertulis, mendapat ganjaran dengan menunjukkan nilai-nilai seperti wang, pergantungan dan akhirnya menggalakkan orang ramai melihat dunia secara konvensional, serupa, sempit, mudah dan dengan cara terikat.
Contoh pekerjaan K
Akauntan, Setiausaha, Penjaga Masa, Kerani, Juruwang, Juruaudit
Personaliti S
Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan kemahiran-kemahiran perhubungan antara individu. Keutamaannya lebih kepada aktiviti-aktiviti yang ada kaitan dengan tempat-tempat ibadat, khidmat masyarakat, muzik, bacaan, drama dan meminati pekerjaan bercorak pendidikan, terapi dan agama. Ia digambarkan sebagai seorang pemimpin, penceramah yang baik, popular dan agresif. Kemampuan bahasanya adalah tinggi, tetapi bakatnya dalam matematik adalah rendah. Oleh kerana orang yang memiliki jenis personaliti ini mempunyai keutamaan-keutamaan, kemahiran, persepsi kendiri dan nilai-nilai sedemikian, maka ia berkecenderungan untuk menunjukkan sifat-sifat ingin menolong, responsif, bekerjasama, sosial, bersifat kewanitaan, sopan, suka berkawan, tulus dan bersifat memujuk. Kelemahannya ialah dalam kemahiran-kemahiran tangan dan teknikal (Holland, 1985a )
Persekitaran S
Memupuk kecekapan, interpersonal memberitahu, melatih, merawat atau memberi petunjuk kepada orang lain; mendapat ganjaran dengan menunjukkan nilai-nilai sosial atau kemanusiaan. Menggalakkan orang ramai melihat dunia dengan cara yang fleksibel.
Contoh pekerjaan S
Ahli agama, Guru Sekolah Rendah, Ahli terapi fizikal, Attenden hospital.
Personaliti I
Orang yang tergolong dalam jenis personaliti ini mengendalikan persekitarannya dengan menggunakan daya kecerdasannya memanipulasikan idea-idea, perkataan-perkataan dan lambang-lambang. Ia digambarkan sebagai seorang yang mengutamakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyiasatan secara pemerhatian, sistematik dan kreatif terhadap fenomena-fenomena fizikal, biologi dan budaya, supaya ia dapat memahami dan mengawal fenomena-fenomena tersebut. Minatnya lebih kepada pekerjaan-pekerjaan yang bercorak saintifik, kerja-kerja yang bersifat teoritis, membaca, mempelajari bahasa-bahasa asing serta berkecenderungan di dalam kegiatan kreatif seperti seni, muzik, dan seni bina. Sifat-sifatnya ialah cekal hati, bersifat kelakian, berminat kepada ilmu pengetahuan dan introvert. Kejayaan utamanya terletak didalam bidang-bidang akademik dan saintifik, dan sebagai pemimpin ia tidak begitu cemerlang, tidak suka aktiviti-aktiviti pujukan sosial, dan yang berulang-ulang (Holland, 1985a ).
Persekitaran I
Memupuk kecekapan dan pencapaian sains, perhatian dan penyelidikan secara sistematik mengenai fenomena-fenomena; mendapat ganjaran dengan menunjukkan nilai-nilai saintifik. Menggalakkan orang ramai melihat dunia secara kompleks, abstrak, bebas dan cara-cara semula jadi.
Contoh pekerjaan I
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?b5d840841cb86bdd9dd87a7090fa5b9b
Comments