BTN Story Versi 1
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
BTN story.
I started my journey by train on 24th June 2012 at 11 pm.
Sampai KL lebih kurang pukul 6.30 pagi.
Terus naik LRT ke kolej.
Beli nasi lemak dan tunggu Wardatulnahirah datang ke kolej.
Tunggu sambil qadha tidur atas train yang tak berapa lena tu.
Lenguh okay duduk atas kerusi dan tidur. Hehe :P
Then, satu persatu "peserta" tiba dan tepat pukul 1.30, kami pun naik bas.
Tapi, bas berjalan pukul 2 lebih kot kerana menanti ketibaan Mr. Aingaran Sivanesan yang agak lewat tiba.
Sempat snap gambar dulu.
Credit to FB
Sampai di Kem Bina Negara Tanjung Rhu kira-kira jam 3.30 petang, isi borang, ambil tag dan sibuk bergaduh dengan jurulatih fasal nak satu bilik untuk kami semua.
Tak adalah bergaduh pun.
Dia nak bagi satu bilik 0 orang.
So kami mintaklah satu bilik untuk kami semua sebab kami ada dua belas orang.
Then, cadangan kami diterima dan kami pun dapat satu bilik untuk pelajar KDU.
Sangat tidak bergaul ya di situ.
Lepas dah kemas barang and tukar baju, kami sibuk bergaduh lagi dengan jurulatih sebab waktu Zohor dah nak habis dan kami tak solat Zohor lagi and jurulatih dah suruh masuk dewan dulu.
Last-last, dia bagi ja kami pergi solat dulu.
Anyway, dorm dia cantik gila.
Luas, ada 8 katil double decker, almari sorang sebelah.
Dan ada 8 toilet dan lapan shower kesemuanya.
Jadi tak payah susah-susah nak berebut ka apa.
Then, mulalah taklimat daripada Puan Syura, penyelaras program.
Ketua jurulatih Pak Din danjurulatih2 yang lain,
Pak Midi, Pak Mad, Pak Brahim dan kak Aishah.
Maka bermulalah taklimat program dan pelantikan ahli jawatan kuasa
Penghulu : Fuad (I thought he is a Malay but actually he is an Indian guy.)
Timabalan Penghulu, Penghulunita, AJK Dewan Makan, Bilal, Imam, Ajk Dewan Ceramah, MC dll.
Petang tu, ada tak ada riadah, so we take our time and rest before going for the first Wacana Minda.
Tajuk : Gagasan 1 Malaysia - Umum
Macam Pengetahuan Am lah kiranya.
Soalan yang agak banyak ditanya dalam exam.
Penceramahnya Cik Syida.
Sangat cute dan santai.
Jadi aku agak enjoy walaupun ada saja yang tangkap lentok.
Biasalah, nama pun ceramah kan?
Malam tu, lepas minum malam, maka kami pun tidur.
Tidur-tidur ayam kerana first night di tempat baru kan?
Anyway, still fresh for the new day.
Let's continue later cause I have works to be done.
See ya.
Wassalam.

Comments