BTN Versi 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Cerita disambung semula.
This story will have a total of 5 version so please aware of it.

This is my bed and locker.
Katil saya yang atas.

Anyway, disebabkan tidur-tidur ayam yang agak kurang lena.
Asyik bangun tengok jam setiap 15 minit.
Last2, pukul 5 dah bangun.
Bersiap secara slow tanpa buka lampu.
Pakai baju riadah dan terus ke surau untuk solat Subuh berjemaah.
Lepas tazkirah, terus pergi perbarisan.
Agak kekok sebab banyak kali ulang dan praktis.
Bukan aku yang kekok.
The whole group is weird, so jadi kekok.
Lepas tu, sarapan pagi, terus pakai baju smart casual and menuju ke Auditorium untuk Wacana Minda yang berikutnya - Perkongsian Pengalaman di Negara Orang.
By Mr. H.
I'm sorry to say this, tapi, ada part yang aku rasa beliau agak poyo.
Auuu, tangan di dada mata ke atas.
But only a few parts.
So, just enjoy the story.
Bestlah jugak yang pastinya walaupun aku tengok jam setiap 10 minit sekali.
Weird huh?
Biasalah, kalau dah nama pun ceramah dan benda yang dia cakap tu tak masuk periksa pulak.
So, banyak jugak yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Ada jugak yang masuk telinga kanan, pastu keluar balik telinga kanan jugak.
Kenapa? 
Kalau masuk kanan keluar kiri, cikgu aku kata, ada jugak yang lekat.
Yang keluar balik belah kanan tu, zero, nil.
But a large part of it, every one enjoy the story.
Thanks, Mr. H.
Jam 1030 pagi, kami ke dewan makan, minum pagi sebelum masuk semula untuk Wacana Minda 3.
Tajuk - Gagasan 1 Malaysia - Ke Arah Negara Maju by CheLi.
Penceramah yang sangat best!!
Kami wajib nyanyi lagi 1 Malaysia tau.
Tapi, kami kibar2 bendera ja.
Bila CheLi mai, dia ajaq kami buat music video.
Siap dengan gaya sekali.
So cuteeee...
Oleh sebab ceramah dia memang sangat berat, so dia buat sangat santai yang tak rasa macam kena dengaq ceramah sangat.
Ada satu part yang aku ingat.
Soalan :
Sepang, orang putih sebut bunyi 'Sepaeng' kan?
Pisang bunyi apa?
Dan muncul satu jawapan.
'Pisaeng'.
Dan dengan selambanya CheLi jawab.
Pisang bunyi banana lah, mana pulak bunyi pisaeng?
Hehe :P
Then, kami makan tengah hari dan solat Zohor sebelum sambung slot Wacana Minda yang Terakhir - Gagasan 1 Malaysia - Cabaran dan Perlembagaan Persekutuan.
Penceramah dia sangat tegas dan spesifik, so, ramai orang agak berasap sebenarnya.
For me, no comment kot.
Lepas tu, kami minum petang, tukar kepada baju riadah dan solat Asar berjemaah di surau.
Petang tu, kami ada Ujian Kecergasan.
Ada 8 ujian kesemuanya.

Imbangan sebelah kaki sambil tutup mata selama 30 saat.
Berpusing 5 kali dan berlari dalam satu garis lurus sejauh 5 meter.
Tekan tubi 20 kali
Lompat tali. (Tali ni pendek ja okay, lebih kurang 40 cm.)
Tunduk ke tanah (macam ruku' tapi tangan kena cecah tanah untuk dapat markah)
Lompat sambil tepuk kaki 15 kali dalam masa 10 saat.
Tahan nafas selama 60 saat
Kira denyutan nadi.

Ada markah dan dia akan dikira umur kecergasan.
Tak payahlah cerita sebab aku cuma dapat full mark untuk ujian 1, 2, 3 dan 6.
5 markah untuk ujian 5, 7 dan 8.
Dan 0 markah untuk ujian 4.

So, berakhirlah ujian kecergasan.
Memang basah dengan peluh tu tak payah cakaplah.
Lepas tu, kami makan malam.
Macam biasa, solat Maghrib berjemaah, dengar tazkirah dan solat Isyak.
Dengan berpakaian riadah, kami menuju ke Auditorium untuk PKPK yang pertama.
Apa itu PKPK?
Penjanaan Keilmuan Peningkatan Kesedaran.
Ala, LDK (Latihan Dalam Kumpulan) tu, cuma nama dia baru sikit.
Kami bermain, berlari, menari sebelum masuk dalam kumpulan.
Aku kumpulan lapan dengan 9 orang yang lain.
Dari kolej aku, Jolyn and Waiyee.
Then ada May, Nic, Stephanie, Farah, Sxon, Iqbal dan Danial.
Kami diberi lagu patriotik untuk pertandingan pada PKPK terakhir hari Khamis malam nanti.
Lagu group kami - Malaysia Berjaya.
Fasi kami - En. Hamdi.
Then, minum malam dan tidur dengan jayanya.
Tidur sangat lena kerana letih tambah tidur ayam pada malam sebelumnya.

P/S : Kami tak payah lagi pakai baju putih dan kain hitam.
Kami boleh pakai baju kurung warna warni cuma kasut perlu kasut tutup dan baju riadah pun boleh warna-warni jugak.

That's all.
Amin dah menyibuk nak tolong type sekali.
So, have to stop now.
See ya.
Wassalam.

Comments

Ety said…
hehe. masa kitorang dulu, takde ujian kecergasan. hihihi :D

Mim. dulu masa Ety, kitorang mandi lepas riadah, then siap2 pergi ceramah. sbb pagi2 air sejuk. hahaha :D

p/s : i miss you :(
Siap kena lari 2 km lg. :(

I miss u 2!!!!

Popular posts from this blog

The Holiday Trip to Spain - The Last Two Days in Madrid

The experience of the first snow in Coventry!!

BILA MOOD RAYA MEMUNCAK....