Ramadhan dan solat

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat Menyambut Ramdhan to all.
Semoga Ramadhan ini boleh membetulkan niat dan membawa kita menjadi manusia yang lebih baik.
Hari ni, bukan nak cakap fasal Ramadhan, tapi fasal solat.
Bukan solat sunat tapi solat wajib.
First of all, cuba angkat tangan siapa yang azam tak tinggal solat tarawih tahun ni?
Ok, fine. Kita tak nampak pun.
Antara anda dengan ALLAH ja ya.
Ok, now, let usturn the table.
Nak dengaq satu cerita tak?
Dulu, time sekolah...
Sembahyang jemaah tiap2 waktu.
So, nak tinggal sembahyang tu memang susahlah.
Sekarang, bila dah tak ada solat jemaah.
Syaitan tu memang tak payah katalah.
Kalau dulu ada sepuluh, sekarang dah berpuluh-puluh.
So, dia ni cakap dan berterus terang, (dia tulis kat blog) dia rasa susah sangat nak sembahyang.
So, dia mintak pendapat.
Aku pun rasa macam interesting, peringatan untuk diri sendiri jugak
Untuk orang lain tu, anda sahaja yang tahu, kan?
This is what I thought.
Jadikan solat tu sebagai waktu kita rehat.
Contoh, kita buat kerja tu, kerja ni, penat....
Then, pilah sembahyang.
Tak pun, waktu busy study.
Cuba cerita kat aku siapa dalam dunia ni boleh study 24 jam tanpa henti.
Okay, mungkin aku ja tak boleh. =P
Solat tu, boleh jadi sebagai waktu kita ambil angin jap, rehat.
Lupakan semua fasal benda2 yang membimbangkan tu.
Lepas sembahyang, percayalah...
Kita akan jadi more relaks.
Okay, macam mana kalau tak study dan tak buat kerja apa.
Kalau kes hidup aku waktu sekolah rendah dulu, mak aku cakap macam ni.
Bangun pagi, sembahyang Subuh.
Balik sekolah, sembahyang Zohor.
Sebelum keluaq main, sembahyang Asar.
Balik mandi, then sembahyang Maghrib.
Sebelum tidoq, sembahyang Isyak.
Kalau untuk kes yang sangat sinonim waktu sekarang.
Dok asrama, tengok movie or main game.
Tak boleh stop!!!
Hah, kalau kes macam tu....
Ada syaitan nak lengah-lengahkan, betul tak?
Macam ni.
Ustaz aku cakap, sebab benda tulah lengahkan kita solat sebenaqnya.
Sembahyang Isyak dulu, lepas tu tengoklah.
Kalau siang, drama tu sejam satu, kan?
Ada 10 episod.
Habis episod yang dalam waktu solat tu, sila berhenti, sembahyang dulu.
Lepas tu, sambunglah.
Kalau main game, berhenti lepas habis level dan solat.
Senang, kan?
jangan complicatedkan benda yang susah.
Nanti syaitan bersorak gembira!!
Anyways, fasal solat jama'.
Aku tak taulah betul atau tak benda ni.
Tapi aku pernah dengar dan terbaca, ada orang cakap.
Untuk perjalanan sekarang, rukhsah solat jama' qasar tu sebenarnya tak wajib.
Ada kesempatan, baik kita solat full setiap waktu.
Elok untuk perjalanan yang jauh.
Sebagai rehat daripada memandu dan juga duduk dalam kereta sedut angin air-cond lama-lama.
Aku tak taulah betul atau tak.
Boleh tanya ustaz/ustazah untuk lebih lanjut.
Tapi, kalau ikut aku...
Boleh dikira betul jugak tu.
Tak berdosa pun kalau kita sembahyang tiap-tiap waktu walaupun kita boleh jama' qasar, kan?
It depends on us, how and why we do it.
Oklah.
That's all.
Selamat berpuasa.
Menahan diri, dari lapar dahaga dan perkara-perkara yang membatalkan puasa
Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

The Holiday Trip to Spain - The Last Two Days in Madrid

The experience of the first snow in Coventry!!

BILA MOOD RAYA MEMUNCAK....