Kisah Budak2 zaman sekarang

Assalamualaikum!
Jam menunjukkan 12:55 minit malam.
Dah malam dah.
Tapi, mata ni tak reti pulak nak tidoq.
Huhu ):
Maka dengan ini, saya pun merajinkan diri menaip keyboard untuk menulis blog.
Inilah kisah2 budak2 zaman sekarang.
Budak2 zaman sekarang ni, kecik2 lagi dah pandai nak bercintan-cintun.
Baby pun pandai dah sekarang...
Boleh klik sini kalau nak tengok bukti.
Comel tak anak sedara mim?
Haha, tidak dapat dinafikan lagi wajah itu menurun mengikut keturunan.
Okey, aku perasan comey di situ...
Hahaha...
Kalau nak tau, waktu Amin tengah buat sesi kejar mengejar seperti
yang diceritakan oleh ibu Amin (kakak Amimah Hasniyah), sayalah orang yang bertanggungjawab mengejar Amin tuh sebab takut dia terus lari ke arah escalator.
Dan akulah yang mendengar kata2 mak cik , ibu kepada budak comey tu secara kuat dan terang2an..
Aku memang gelak sakan.
Sampai hari ni pun aku masih ingat lagi cerita tu.
And anak sedaraku yang sedang berada di Australia kini pun katanya dah ada girlfriend.
Nama - Iman.
Kata bangchik, bapak kepada Afif Farhan ini, kalau lambat ambik dari sekolah, adalah yang pergi ber'dating' kat padang nanti.
Bila ditanya pada Farhan, ada girlfriend tak? Dia dengan muka gembira dan tersenyum lebar, akan mengangguk dan menjawab, Yes. Nama apa? Iman.
Bila tanya Iman pula, kata bangchik dan kakcik, Iman ada girlfriend tak? Ada. Nama apa? Afif.
Haish... budak2 zaman sekarang... ('=,=)
Aku ni pun bercinta dengan hero novel, jadi fangirl drama jepun dan korea dan minat hero kartun dan komik ja.
Hahahahahaha....
Zaman aku dulu, aku tak adalah suka sapa2 pun kot.
Okey, aku tipu...
Zaman kecik2 dulu, aku pernah suka orang jugak rasanya.
Entahlah, dah tak ingat...
Tapi, selepas beberapa history, seperti yang aku pernah tulis sebelum ni --> klik sini
Maka, aku pun jadi seperti watak yang aku tulis dalam entry tersebut.
Tapi, stil dalam hati ada taman, k.
Seperti yang tertulis di entry ini.
Hahahaha....
Aku pun kira terkategori dalam spesis budak2 zaman sekarang jugaklah, kan?
Bezanya, orang yang aku suka ni, milik orang lain and tak wujud dalam dunia realiti.
Okey, mungkin wujud...
Tapi, mungkin belum pernah aku jumpak lagi setakat ni.
Tak apalah, aku serahkan jodoh aku pada ALLAH...
Aku nak enjoy dengan watak fantasi aku dulu.
Hehehehehehe...
I sooo love them, okay?
Samalah macam mereka2 yang menjadi fangirl itu!
Aku sedar diri aku sendiri, so aku malas nak cermin.
Dan aku juga tak mau jadi permata di celahan kaca sebab mesti susah orang nak beza dan mesti sakit hati kalau asyik nampak semua orang ambik kaca sebab tak tahu bezakan kaca dan permata.
Dan mesti penat tunggu orang nak jumpak permata di celahan kaca tu.
So, aku pilih untuk jadi mutiara di dasar lautan.
Agree with me?
Tapi, aku tak tahu apa akan jadi pada masa depan.
For the time being, bak kata Ety, Mim belum rasa suka.
Belum sampai masanya lagi.
Insya-ALLAH, kalau masanya tiba...
Which I seriously doubt akan tiba dalam jangka masa terdekat nih,
Aku akan pastikan ada satu entry khas fasal tu, okey?
Dan, aku nak letak lagi satu entry lepas nih...
Haha...
Top-up balik entry yang aku tak tulis tuh.
So, that's for this entry...
Wassalam...

Comments

Popular posts from this blog

Mature?

BILA MOOD RAYA MEMUNCAK....

MULTIPLE PERSONALITY DISORDER.